20110529

same quote to share :)

have faith syg. cause having faith would lead you to unexpected things and places. ada hikmahnya. pasti ada. Allah sayang. lalu Allah uji.



A great man isn't someone who seeks to be perfect. A great man is someone who sees and accepts imperfections, perfectly. Take Rasulullah SAW for example, a great man He is. But yet He never punished His wives for being human ( angry, jealousy etcetera. ) Then look at ourselves my dear brothers and sisters. Do we really deserve perfection ? I’m very sorry to say this - but this is for self-reflection. Mahukan kesempurnaan itu adalah fitrah. Tapi apabila rasa ‘layak’ untuk mendapat yang lebih baik, mungkin hati itu sudah sedikit cacat. Ramai yang mahukan jejaka kacak, gadis anggun, yang mampu memimpin dan dipimpin - tapi bila terlihat akan kekurangan, lantas ditolak tanpa tapi.
Maaf andai kedengaran sinis, tapi inilah hakikat. Diberi pilihan antara jejaka alim dan kacak, dan jejaka alim yang tidak kacak - siapa yang dipilih? Sama juga, antara gadis alim yang anggun, dan gadis alim yang tidak anggun - siapa yang dipilih? Ini fitrah manusia, mahukan kesempurnaan - meskipun tanpa disedari, jiwa sendiri sudah cacat. Mungkin pandangan saya akan dibantah dan dibangkang, tapi izinkan saya bertanya - berapa ramai lelaki alim yang sanggup memperisterikan isteri yang ‘kurang alim’ dengan niat mahu membimbingnya? Berapa ramai perempuan alim yang sanggup mempersuamikan lelaki ‘kurang alim’ dengan niat sanggup memimpin dan dipimpin? Kalau selama-lamanya semua mahukan yang baik-baik sahaja tanpa mengira tanggungjawab membimbing dan dibimbing - salah siapa andainya yang hanyut terus hanyut, dan yang hebat kekal hebat? This goes the same for friendship too. Kalau semua sibuk nak berkawan dengan orang sefikrah, siapa yang akan cuba memberi kefahaman kepada yang masih tidak kenal Islam sendiri? Maaf - ini setepatnya saya tujukan kepada semua yang mengaku “dai’e”. Take this challenge to prove that this is wrong. Islam is for all, not for certain people only.

0 kata kau:

Post a Comment