Bismillah..
sebenarnya ada banyak benda nak kongsi, tapi bila dah bukak blog, terus ta jadi. terus hilang ke mana ntah idea2 semua. tapelah, kite cuba slow-slow.
okay, mula-mula nak cita pasal hari tu saya join satu event ni dan jadik fasi. Alhamdulillah pengalaman yang sangat best ! Sementara nak menunggu detik 12malam tepat tu, ada la sesi bersama Ustaz Fauzan (Tanyalah Ustaz, TV9). Dia pun berceritalah pasal anak2 remaja sekarang ni. Sebelum dia bercerita tu, MC malam tu, Ahmad Fedtri Yahya ada cerita sikit pasal pengalaman beliau menjadi pengacara MHI, TV3. jom ikuti.. jengjengjeng. hehe
Ahmad Fedtri : Baru-baru ni, MHI ada mendapat panggilan dari seorang warga tua. Menurut beliau, pada satu hari dia berjalan-jalan sekitar Jalan TAR tu, ada lah sekumpulan remaja, lelaki dan perempuan sedang melepak kat situ. dan kebetulan azan berkumandang (tak ingat Fedtri cakap Zohor atau Asar). Jadik pakcik ni pun mengajak lah remaja2 ni tadi pergi solat. Lalu yang lelaki menjawab,
Tuhan menciptakan Neraka dan Syurga. Kami kesian kalau Neraka tu kosong. Biarlah kami penuhinya.
Astaghfirullah... mengucap panjang orang tua ni tadi. yang perempuannya pula boleh menjawab, kami cuti. Pakcik nak tengok ke? Allah////
Kenapa jadik macam ni ye kawan2? kenapa teruk sangat ni? tapi memang ini yang sedang berlaku. Okay then Ustaz Fauzan pula.
Ustaz : Saya ta pernah berhadapan dengan situasi macam tu tapi 5,6bulan lepas, waktu tu saya baru balik dari Masjid Kampung Baru, saya lalu depan sekumpulan anak muda yang duduk bertenggek di tepi longkang. Saya yakin yang dorang pun dah ta bau, bau longkang tersebut. dah immune. Kalau kita sedang lalu depan orang2 macam ni, mesti kita akan buat ta nampak je. tapi masa saya lalu tu, dorang pandang saya. dorang cakap :
eh Ustaz ?! Ustaz ni yang masuk tv tu kan? (mereka bangun nak bersalam dengan saya). Ustaz.. tolong doakan kami Ustaz.. kami ni sampah masyarakat (dalam mata yang ta boleh nak dibuka). Ustaz orang baik.. tolong doakan kami Ustaz.. kami dah kecewakan ibubapa kami...
Saya nak tanya awak semua. Bersalam dengan orang yang menghidap HIV boleh berjangkit ke? tak, kan? tapi kalau awk lah, awk nak salam ke? saya jadik serba salah. saya cakap dalam hati, Ya Allah, mereka kenal aku. Mereka tahu aku ni siapa. Mereka tengok rancangan aku. Ya Allah, macam mane aku nak betulkan mereka ini. Saya sedih, anak2 sekalian. Seedih...
Ustad Fauzan berpesan : buatlah apa sahaja yang awak nak buat dalam dunia ni tapi jangan sesekali buat ibubapa awak menderita. Saya sebagai ayah kepada anak2 saya, saya ta kesah anak2 saya ta dapat 8A ke 10A ke tak dapt 4flat ke. Saya memang ta kesah. Kalau dia dapat, maka itu adalah rezeki. Kesenangan dia juga nanti. Cuma saya selalu pesan, jangan buat ibubapa menderita. ingat pesan Ustaz ni baik2. pahamkan betul2.
- to be cont :)